The Power of Giving and The Power of Receiving

SMKK4

Alhamdulillah Selesai Sudah Seminar Magnet Kekayaan dan Kejayaan di Wisma MCA 26.10.2013.

Masa dapat invitation sms tu, saya dan hubby sangat excited kut, macam “dream comes true”.  Saya dan beberapa rakan ditugaskan menjaga bahagian depan stage, Tuan Nik Zaidi Nik Majid kata make sure VIP saja duduk depan ni, tapi lepas tu atas arahan, buka jugak utk peserta, dan selepas itu terus lagi dan lagi peserta tak berhenti masuk, duduk kat depan stage tu sampai 2 line atas floor, bayangkan masa nak exercise, badan dah bersandar ke meja, tak boleh move dan exercise, gerak sikit-sikit, paling haru face to face dengan peserta dekat jer, senyum jer lah…. lepas tu, pembahagian tugas untuk bayaran, saya masuk kumpulan F, ingatkan kumpulan paling last, rupanya pun ramai berderet-deret orang beratur untuk buat pembayaran.

Alhamdulillah, “power of giving” and “power of receiving”, memberi tak semestinya dengan bayaran, menerima jugak tak semestinya dengan wang, memberi sumbangan tenaga dan masa dengan menjadi crew, dapat pulangan recharge energy.  Paling best, ada lead yang superb, dan geng2 crew yang sangat awesome.

SMKKII SMKKA1SMKK3

Insyallah, join lagi di Berjaya Times Square 24th Nov nanti.

Episod Kerja II

Bekerja di ofis kecil, saya menjadi All Rounders. Mean to say, semua pun saya dan saya jugak lah yang buat.  Bukan tak ada staff lain, tapi boss asyik panggil saya buat… sampai ada kerja secretary pun saya jugak yang kena buat.. tapi masa tu, tak ada lah rasa beban sangat, sebabnya sangat seronok bekerja.

Dan buat account pun bukanlah susah sangat, simple accounting dan bagi kepada HQ untuk compilation, masa tu saya pejabat di Wisma DNP (sekarang dah roboh jadi Avenue K) dan selepas itu kami berpindah ke bangunan Pernas International.   Tapi, paling stress bila syarikat nak masuk tender, bertungkus lumus jugak lah, since kami tak ramai, sorang MC, sorang lagi cuti sakit (hahaha, tak sama ke tu?), tinggallah saya dah boss bekerja macam nak rak.  Tapi alhamdulillah boss saya sangat baik orang nyer, dia layan saya macam adik dia.. (walau sangat sakit hati, sebab dia suruh saya lap kan collection kereta2 mainan dia dalam show room dia, no other person can touch)

Masa tu jugak saya mula mengenal paper THE STAR, dannnnnnn banyak nyer iklan jawatan kosong.. jeng jeng jeng, dan setelah 3 bulan menimba ilmu, akhirnya saya melepas kan jawatan saya dengan notis 24 jam (gempak!).  Boss kata, dia tak nak accept resignation letter saya, saya kata boss nak accept ke tak, esok saya dah tak datang kerja. Dia kata dia menyesal tak confirmkan saya lagi, sebab tu suka suki saya bagi notis sangat2 singkat, dia kata lagi, kalau saya tak ada, dah tak ada lah adik dalam ofis, yang selalu kena suruh2, selalu tak banyak songeh, selalu

Episod kerja

As salam

Belajar dalam bidang account ni boleh jadi biul jugak kepala, saya sangat suka mathematic tapi belajar account dan finance buat kepala jadi tak betul.  So, saya habiskan peringkat diploma dan tidak meneruskan lagi bidang accountancy lagi.  Saya bagitahu emak (masa tu takut nak bagitahu bapa), saya nak bekerja. 

Alhamdulillah, walaupun saya anak bongsu (sangat manja.. haahahah parents still panggil adik tau! :-) ), tapi pada ketika umur 21 tahun saya dah mula fikir plan, macam2 plan bila nak kerja.  So, habis diploma saya register ke Stamford College untuk belajar Office Administration (short course 3 months), dan habis sahaja belajar saya register nama di Agency. 

Nak di jadikan cerita, masa tu jugak lah terkena Chicken Pox, stress! stress! stress! Dan tak sampai seminggu tu, dapat panggilan interview.. uwwaaaa!!! sedih tak dapat pergi sebab sakit.  Nangis lah jugak, first interview dalam hidup kut! Tapi mak kata sabar lah, insyaallah ada peluang lebih baik. 

Dua minggu selepas itu, saya mendapat panggilan lagi, masa tu chicken pox tu macam dah kering, tapi masih ada lagi tompok2 di muka.  Berdebar2, pergi interview pertama, dan Alhamdulillah, saya diterima bekerja sebagai Account Assistant, di sebuah syarikat yang beribu pejabat di Kemaman, Terengganu.  Kira kat KL ni branch office dia untuk urusan di sini lah.,, maka bermulalah episod kerjaya saya….

 

Berhijrah

As salam

Kalau you baca di summary tentang saya di About Me (kat atas tu), kan saya bagitahu saya ada 2 passion yang sangat-sangat saya suka.  Ok, mula-mula nak cerita tentang kerjaya dulu, sebab ini datang dulu, then baru Passion II about online bakery.

Ketika di tingkatan 5, saya memang sangat2 aktif.  Memegang jawatan Naib President Pandu Puteri, Pengawas Sekolah, AJK Persatuan Bahasa Malaysia (Mewakili Daerah ke Pesta Pantun dan mendapat tempat ke3 peringkat negeri).  Busy bukan main.  So, time nak belajar sangat limited.

Saya tahu, sebagai pelajar sederhana saya perlu belajar 200% compare dengan orang lain, tapi tu lah, alasan busylah sangat kan…  Dan apabila keputusan SPM diumumkan, saya sekadar mendapat Grade 2 (aliran Science).  Tak adalah sedih sebab, tahu belajar tak banyak.  Masa tu fikir, memang malas dah nak sekolah, nak ambil STPM pun sangat tidak mahu.

Alhamdulillah, oleh kerana subject mathematics saya sangat bagus, jadi kakak saya cadangkan saya mengambil LCCI dan kemudian complete kan CIMA course di sebuah kolej swasta di Ibu Kota,  dan dapat duduk di KL (di rumah kakak), yahuuuuuuuuuu…

Maka bermulalah episod penghijrahan saya…

 

Undangan untuk menyertai peraduan…

As salam

Kali ni nak cerita pasal business pulak.  Alhamdulillah, selepas IMKK business sangat rancak, memandangkan kami berdua masih bekerja tetap, so, tak dapat nak entertain banyak2 tempahan.  Masih limited.

Sekarang kami berbincang untuk lebih serious berbusiness.  So, setelah ditolak campur bahagi darab dan sebagainya, kami mengambil keputusan suami yang akan berhenti dulu, buat full time.  Lebih2 lagi saya telah menerima tawaran kerja baru dan tawaran ini membuka pengalaman untuk mission saya dalam jangkawaktu 5 tahun akan datang. 

Dalam pada business yang semakin meletup, saya mendapat undangan dari Buttercup Co. untuk menyertai peraduan, 10 resepi pelbagai juadah diperlukan untuk dipilih… 

Menarikkan? Benarlah, apabila kita meletakkan masterpiece kita di blog atau FB, ini bukan sahaja sharing kita dengan customer, potentioal prospect dan juga ramai orang lain yang tidak terlibat secara langsung.  YOU BEING WATCH!

Triple NO ketika temuduga

As salam

Lagi tugas Manager, kena recruit new employee.  Nak recruit mestilah kena temuduga kan? Ok, sekarang nak share role saya sebagai penemuduga pulak…

Apa masaalah saya dengan calon, antaranya….

1. Datang Lewat….

2. Cerita dalam resume kemain hebat, bila interview you pusing2 cerita lain (kantoi!!!! confirm resume tak ori)

3. Suruh explain tentang kerja sekarang, failed tak boleh cerita (it’s either you tak buat kerja, nervous atau tipu resume, tengok tu??)

4. Pakai baju menjolok mata (bagi wanita), sakit mata tau!

5. Cakap sambil pegang2 rambut (OMG! bukan nak carik model iklan rambut ya..)

6. Tanya sepatah, jawab sepatah (kena tahu differentiate, ini jawapan panjang atau YES/NO answer)

7. Jangan tersengeh2 (senyum sket, ok just nice)

8. Kalau pun ada di rekomen oleh sahabat anda, tolonglah jangan memanjang cerita pasal dia, yang nak masuk kerja tu, you bukan dia…

9. Tengah bercakap2, tetiba handphone rancak berbunyi lagu Taylor Swift (argghh!!!! stress!)

10. Dan tolonglah jangan cakap, oh! saya tak kisah dengan apa2 job yang diberikan sebab saya memerlukan kerja (please be spesifik, sebab kalau ini yang you jawab, confirm kami akan kata, you adalah sangat2 desperate)

nanti sambung…

 

www.rozangah.com

 

Yes Yes Yes, new company Aku Datang…

As salam

Alhamdulillah, 3 kali temuduga pelbagai peringkat dan saringan telah berjaya ditempuhi dengan mudah… Syukur kepada Allah swt, jawatan ini akan menjadi hak milik saya berkuat kuasa 1st November 2013.

Sangat2 excited, selain tawaran gaji lumayan, job scope yang best (saya suka! saya suka! saya suka!), syarikat baru tak sabar2 mahukan saya untuk menyertai mereka, so notis yang sepatutnya 3 bulan, dipendekkan kepada 1.5 bulan sahaja, dan mereka sanggup untuk bayar short notice saya… wow!!! soalannya : (A) Hebatkah saya? atau (B) Terdesakkah syarikat itu?.  Baiklah saya akan pilih jawapan (A) Hebatnya saya… hehehehehe (think positive hokkaayy)

Ada benda yang saya nak share berkenaan dengan proses temuduga ini:

1. Pertamanya, saya merujuk kepada suami dan ibubapa:

  • Saya terangkan kenapa saya mesti bertukar kerja
  • Apa faedah yang saya dapat dengan kerja baru ini
  • Mengapa perubahan itu adalah terbaik untuk saya
  • Mohon doakan dan restui niat saya

2. Kedua, saya share dengan anak-anak (umur lingkungan 11 – 14 tahun)

  • Saya share benda yang sama (seperti di atas)
  • Mohon doa mereka untuk saya

3. Saya membuat homework untuk teknik menjawab soalan yang berkesan dan bila rujuk balik dengan apa yang DAO share tu, memang lah banyak yang sama:

  • Niat sebenar untuk job itu, apa yang sebenarnya kita nak
  • Doa restu suami dan ibu bapa, dan paling-paling penting network kita dengan Allah swt
  • Bagitahu mereka kita adalah pakar/show them our strength
  • Keyakinan diri yang sangat penting
  • Share dengan mereka dengan kepakaran kita apa yang kita dapat bantu mereka
  • Jangan menunding jari menceritakan tentang keburukkan syarikat/majikan yang kita telah kerja dan masih bekerja
  • Turn negative into positive story

Insyallah, temuduga anda akan menjadi yang paling hebat!  Dan anda boleh pastikan yang si penemuduga akan menyesal kerana tidak memilih anda….

oppsssss, tapi kena berpijak dibumi yang nyatalah kan, jawatan yang dipohon mesti lah setara, tak kan kerja executive nak apply jadi Director kan? hehehehe.. faham ke faham nih?